Bahasa Melayu STPM dan SPM - Cikgu Mohd Khir Kassim: Karangan Tingkatan 6. Karangan ini telah disediakan oleh saudari Nurul Natasha Shaharuddin daripada Kelas 6 Atas 2, SMK. Bandar Baru Salak Tinggi.
Soalan Contoh. Malaysia telah membuktikan kemampuannya untuk menganjurkan sukan pada peringkat antarabangsa dengan jayanya. Huraikan kesan positif penganjuran sukan pada peringkat antarabangsa kepada negara kita. Rangka Karangan. Pendahuluan- Sukan merupakan wadah untuk menyatupadukan masyarakat - menaikkan nama Malaysia di persada dunia. Isi- isii. Sukan juga merupakan suatu instrumen untuk menaikkan nama Malaysia di persada dunia.
15.0 PERINCIAN PROGRAM Contoh. Menteri Belia Dan Sukan Kementerian Belia Dan Sukan Ceramah 1 Tajuk : Globalisasi & Malaysia Oleh : Prof. Karnival Sukan dan Warisan IPG Kampus. PROGRAM DAN ATURCARA KARNIVAL SUKAN KEMENTERIAN.
Negara kita sendiri telah berjaya menganjurkan beberapa kejohanan sukan peringkat antarabangsa seperti Sukan Komanwel 1. Grand Prix Formula One, Le Tour de Langkawi, Monsoon Cup dan sebagainya. Kejayaan penganjuran kejohanan- kejohanan tersebut telah memberikan imej yang positif kepada negara kita pada peringkat antarabangsa.
Buku program digunakan untuk melaksanakan sesuatu acara ataupun sesuatu majlis.Buku program boleh digunakan untuk membuat aturcara. Ini ialah contoh buku program.
Hal ini telah membuktikan bahawa Malaysia mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara lain. Kejayaan ini telah mendatangkan kesan positif terhadap Malaysia daripada pelbagai aspek. Melalui penganjuran sukan bertaraf dunia, industri pelancongan sukan di negara kita akan mengalami kemajuan. Hal ini sekali gus mampu menjana ekonomi negara dari segi tukaran mata wang asing. Sebagai contohnya, penganjuran kejohanan sukan antarabangsa yang diadakan secara tahunan di Malaysia seperti Grand Prix Formula One dan Le Tour de Langkawi telah berjaya menarik banyak pelancong asing, bak kata pepatah, “Di mana ada gula, di situ ada semut”. Para pelancong berkunjung ke Malaysia semata- mata untuk menonton pertandingan sukan ini secara langsung.
- KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK SEMBILAN SEPASUKAN SEMPENA KARNIVAL SUKAN UPSI. Md Rafar Bin Abd Aziz Program Sains Sukan.
- Contoh Buku Program Majlis Persaraan. Kertas Kerja Karnival 1 Murid 1 Sukan 2011. Buku Program Hari Anugerah Kecemerlangan. Contoh Isi Kandungan Fail PBB.
- Kali ni CN nak share contoh buku program yang telah CN hasilkan.kalau berminat nak original file dalam.
Di samping itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dapat mempromosikan Malaysia kepada masyarakat antarabangsa. Hal ini akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang mapan. Oleh itu, penganjuran sukan antarabangsa perlu diteruskan kerana banyak memberikan manfaat kepada ekonomi negara kita. Bagi mereka yang tidak dapat menyaksikan kejohanan sukan yang dipertandingkan secara langsung, mereka boleh menyaksikannya melalui media massa seperti televisyen dan radio. Banyak siaran langsung dibuat oleh negara- negara yang mengambil bahagian untuk melaporkan perkembangan kejohanan itu kepada penduduk di negara masing- masing.
Oleh itu, masyarakat dari seluruh dunia dapat menyaksikan kejohanan sukan yang diadakan di negara kita. Secara tidak langsung, orang yang tidak tahu akan kewujudan Malaysia akan mengenalinya melalui liputan- liputan yang disampaikan. Perkara ini akan meningkatkan imej Malaysia ke seluruh dunia. Kerjasama yang sudah terjalin pula akan bertambah erat dengan adanya penglibatan dalam bidang sukan.
Sebagai contohnya, Malaysia telah menjalin hubungan kerjasama dengan beberapa buah negara di Asia dan Eropah bagi memajukan sukan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat apabila para pemimpin dari seluruh dunia akan menghadiri upacara perasmian dan penutupan sesuatu kejohanan. Dengan cara itu, sudah pasti para pemimpin tersebut akan membincangkan hal- hal yang berkaitan dengan hubungan diplomatik antara negara mereka termasuk Malaysia. Dengan adanya hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara- negara yang terlibat, tentunya negara kita akan mendapat kelebihan daripada pelbagai aspek. Melalui penganjuran sukan antarabangsa, kita dapat mengeratkan perpaduan sejagat antara masyarakat dari seluruh dunia. Sebarang pertelingkahan, pergaduhan dan permusuhan dapat dilupakan dan mereka dapat menerima kekalahan dengan semangat kesukanan.
Sebagai contohnya, semasa Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia iaitu ketika Dato’ Lee Chong Wei menewaskan Taufik Hidayat dari Indonesia pada peringkat akhir, mereka masih boleh bergurau antara satu sama lain dan berpelukan sebagai tanda persahabatan. Hal ini menunjukkan bahawa perpaduan melalui penganjuran sukan juga boleh diwujudkan kerana sukan dilihat mampu memecahkan tembok perbezaan kaum. Oleh itu, nama Malaysia akan dijulang sebagai juara perpaduan kerana sikap kerjasama dan toleransi bagai aur dengan tebing. Hal ini demikian kerana, ahli sukan di negara kita dapat menyaksikan kehebatan ahli sukan dari seluruh dunia bertanding di negara kita. Bagi ahli sukan negara sendiri yang bertanding dalam sesuatu acara itu, sudah pasti mreka akan mendapat suntikan semangat yang lebih daripada penyokong- penyokong tempatan. Hal ini akan menyebabkan mereka lebih bersemangat untuk bertanding. Selain itu, mereka akan membuat persediaan yang lebih rapi dan membiasakan diri dengan gelanggang perlawanan sebenar untuk membuktikan bahawa kejayaan akan menjadi milik negara kita sendiri di samping slogan Malaysia Boleh.
Di samping itu, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi mengangkat martabat Malaysia di pentas antarabangsa. Pihak kerajaan terutamanya haruslah sentiasa membida hak untuk menganjurkan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa dengan lebih kerap agar negara Malaysia akan lebih dikenali.
Selain itu, penganjuran sukan juga mampu menjana ekonomi negara yang agak lembap sejak akhir- akhir ini. Hal ini boleh diibaratkan seperti “serampang dua mata”. Oleh itu, kita berharap agar matlamat negara untuk terus menjadi penganjur kejohanan- kejohanan sukan antarabangsa akan menjadi kenyataan.
Oleh Nurul Natasha Shahduddin, 6.
Sekolah Kebangsaan Parit Baharu: KERTAS KERJA SUKAN TAHUNAN. Pertumbuhan kanak- kanak yang cemerlang adalah terbentuk dari gabungan intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial yang berpotensi tinggi. Ia terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sehubungan itu, untuk tujuan pembentukan insan yang seimbang itu, maka Sekolah Kebangsaan Parit Baharu akan mengadakan satu Temasya Sukan untuk menjurus kepada pembentukan insan seimbang itu.
Ia dilaksanakan secara permuafakatan ibu bapa untuk merapatkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Temasya Sukan ini dinamakan dengan Sukan SKPB 2. B. Matlamat. Untuk melahirkan insan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani, intelek dan sosial seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. C. Objektif. Sukan Mini 2. SKPB ini diadakan dengan beberapa objektif antaranya: 1. Memenuhi keperluan murid untuk beriadah dan bersukan.
Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba- lumba. Memupuk semangat berkerjasama dan berganding bahu dalam satu pasukan.
Mengilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan keperingkat lebih tinggi. Memilih murid untuk mewakili sekolah ke Kejohanan MSSD Sabak Bernam 2. D. Tema. Bersukan Untuk Perpaduan, Kesihatan, hubungan Sosial dan keceriaan diri. E. Maklumat perlaksanaan.
Sukan SKPB 2. 00. Acara padang. 1. Tarikh : 1. Februari 2. 00. 92. Hari : Isnin dan selasa.
Masa : 0. 8. 0. 0 pagi hingga 1. Acara : Acara padang. Kemuncak temasya. Tarikh : 2. 1 Februari 2. Masa : 0. 7. 3. 0 pagi hingga 6. Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Parit Baharu.
Acara : acara murid & individu berkumpulan danacara ibu bapa & penjaga.